Friday, March 13, 2009

Mampukah Liverpool tawan Old Trafford?







LONDON - Jika sesebuah pasukan itu berjaya melumpuhkan kelab ternama seperti Real Madrid, ia pastinya diletakkan sebagai pilihan untuk perlawanan berikutnya.

Begitulah tanggapan terhadap Liverpool yang memusnahkan Real pada saingan Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Malam ini, kelab dari Anfield itu bertandang ke Old Trafford dengan reputasi tinggi selepas membelasah Real.

Mereka akan berhadapan Manchester United, satu-satunya aksi yang ditunggu- tunggu oleh penyokong kedua-dua pasu- kan tersebut.

Walaupun masih segar dengan kemenangan bergaya ke atas Real tetapi kehadiran mereka di Old Trafford membawa reputasi selaku pasukan yang menduduki tempat ketiga Liga Perdana England dan ketinggalan tujuh mata di bela- kang United.

Mereka sedar tugas sukar menanti mereka di Old Trafford tetapi Liverpool mengakui mereka sudah bersedia menghadapi aksi terhebat itu.

Mereka yakin memperoleh sesuatu daripada perlawanan itu sekiranya tampil dengan prestasi hebat seperti yang dipamerkan pada aksi menentang Real, Rabu lalu.

Mereka sedar bahawa Old Trafford adalah 'gelanggang maut' kepada pasu- kan pelawat tetapi mereka tidak gentar menghadapinya.

Berdasarkan prestasi ketika membela- sah Real, Liverpool mampu menghadir- kan masalah kepada United.

Pada aksi Liga Juara-Juara itu, semua posisi berfungsi dengan baik seolah-olah membawa petanda bahawa Liverpool memang sukar digugat.

United sebenarnya sudah sedar dari- pada awal kemampuan Liverpool.

Mereka juga tidak gentar kerana skuad bimbingan Alex Ferguson itu juga memiliki kemampuan yang agak luar biasa lebih-lebih lagi dengan kerakusan Wayne Rooney dan Criatiano Ronaldo yang semakin berbisa kebelakangan ini.

"Kami sudah membuktikan kepada semua bahwa United sukar dicantas.

"Pada awal saingan kami beraksi di bawah tahap sebenar tetapi sekarang keadaan sudah berubah dan sesiapa sahaja akan menjadi mangsa kami," kata Ferguson menjelang aksi genting itu.




Pada aksi Liga Juara-Juara, Khamis lalu, United turut memperlihat kualiti sebagai juara apabila menyekat kelab gergasi Itali, Inter Milan.

"Saya juga sedar, penyerang Liverpool, Fernando Torres turut menemui semula sentuhannya dan Steven Gerrard pula semakin menyengat.

"Apa pun kami tahu apa yang perlu dibuat untuk menyekat pergerakan dua watak utama Liverpool itu," katanya.

"Kami juga tahu rentak permainan Liverpool dalam saingan domestik yang tidak begitu konsisten tetapi kami tetap berhati-hati."

Bagi Nemanja Vidic yang menjaringkan gol pertama United pada aksi menentang Inter itu, pasukan mereka akan tampil dengan rentak yang lebih bertenaga hari ini.

Menurutnya, aksi menentang Liverpool memang ditunggu-tunggu dan kami bersedia untuk melakukan apa sahaja.

"Kami beraksi di gelanggang sendiri dan saya yakin kami akan tampil lebih hebat berbanding perlawanan menentang Inter.

"Ramai yang menyatakan, jika memang perlawanan ini, maknanya kamu akan menjulang gelaran liga dan kami akan membuktikannya," katanya.

Menariknya, kedua-dua pasukan tidak menghadapi masalah kecederaan pemain.

Semua pemain utamanya berada pada tahap kecergasan terbaik.

Watak utama Liverpool khususnya Torres berada pada prestasi terbaik. - AP



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...