Thursday, March 19, 2009

Gerrard ramal Liverpool jumpa kelab England (Kosmo)



GERRARD tidak gentar untuk berdepan mana-mana pasukan pada aksi suku akhir Liga 
Juara-Juara.

LONDON - Steven Gerrard mengakui Manchester United, Chelsea dan Arsenal berpotensi cerah untuk berdepan Liverpool apabila undian suku akhir Liga Juara- Juara berlangsung pagi esok.

Sejak seminggu yang lalu,The Reds mempamerkan aksi cemerlang dengan meledakkan lapan gol ketika mengalahkan Real Madrid dan United.

Gerrard menjelaskan, Liverpool kini mungkin berdepan kelab handalan Eropah lain dalam undian yang akan berlangsung di Nyon itu.

Malah, perancang England itu juga yakin bahawa salah satu pencabar mereka dalam Liga Perdana England pasti- nya mahu mengelak daripada berjumpa dengan kelab dari Anfield itu.

Pengkritik mungkin menganggap mereka sebagai pilihan keempat di belakang Barcelona, juara bertahan, United dan Chelsea, namun kapten Liverpool itu percaya The Reds tidak sepatutnya dipandang mudah dalam usaha beraksi di final pada 27 Mei depan.

"Jika kamu tanya pasukan mana yang perlu kami bimbang dalam Liga Juara- Juara, saya rasa tujuh pasukan pilihan itu yang patut risau jika berjumpa dengan kami," kata Gerrard.

"Ini kerana lambat-laun kami akan tetap berdepan dengan mereka. Jika bukan sekarang, mungkin separuh akhir atau akhir.

"Kami tidak gentar dengan sesiapa. Kami akan berdepan mana-mana pasukan yang diundi nanti dan percaya bahawa kami mampu teruskan kemaraan.

"Jika kami boleh pilih pasukan lawan, mungkin kami mahu jumpa pasukan seperti Villarreal atau Porto tetapi pada tahap ini, semua pasukan bukannya mudah.

"Setiap pasukan yang berjaya ke peringkat ini telah beraksi dengan baik dan percaya kepada diri mereka sendiri. Tetapi kami telah buktikan kepada pemain, pengurus dan peminat bahawa kami adalah sebuah pasu- kan yang hebat apabila kami bersatu-padu." - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...